Dari e-fatwa diperoleh bahwa hukum mengucapkan
Ucapan Perayaan Agama bukan Islam adalah boleh. Asal niatannya gk
buat muji-muji agama tersebut dan cuman buat sosialisasi aja. Jadi boleh boleh
aja ya...
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007
telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat
Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahwa:
1. Apa jua amalan atau
perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan
Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan
Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh
Islam.
2. Walau bagaimanapun
sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan
perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
3. Memberi ucapan tahniah dan
selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi
seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang
bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan
sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.
Keputusan Fatwa Kebangsaan lain berkaitan:
Bil
|
Tajuk
|
Bil. JKF
|
Tarikh Keputusan
|
1
|
Muzakarah Kali Ke-68
|
12 Apr, 2005
|